Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Monday, 9 July 2012

honey mustard salad dressing.







Assalamualaikum...
Untuk makan malam hari ini saya telah sediakan my favorite salad dressing with salad leaves. Serius salad ini sangat sedap, saya dapat recipe dari allrecipe. Dalam allrecipe tu ada beribu resipi dan tidak semuanya menepati selera or even kadang kadang, tidak menjadi langsung. So, this recipe memang sedap dan i feel blessed to know and eat this dish. Ok. Ini recipenya.

Honey mustard dressing.
1 cup mayonaise
1/4 cup apple cider vinegar ( may use other vinegar)
1/2 cup honey
1 tblspn mustard
1 tspn parsley
1 tspn chopped onion
1 cup vege oil
salt and pepper



Tuang minyak sedikit demi sedikit secara berterusan sambil whisk (drizzle)


Caranya,
campurkan vinegar, mayonaise, mustard dan whisk until combine, masukkan madu, bwg besar cincang dan daun parsley, kacau lagi hingga sebati.
Selepas itu, masukkan minyak perlahan lahan sambil whisk. Dressing akan memekat sedikit. Selepas habis minyak dituang.tambahkan garam dan lada hitam to taste. Simpa dalam bekas kedap dan simpan dalam peti sehingga mahu digunakan. Tahan hingga 3 hari.
Dressing ini juga sedap untuk di jadikan dressing coleslaw, buah, serta daun salad pelbagai jenis.
Rasanya sweet and tangy. Verrrrryyy good and delicous. Macam nak habiskan satu bowl besar salad tu je rasanya. Hehe...
 
P/s. Buat dressing ini pada majlis birtday ke, makan dengan kawan kawan ke, sure hit dan everybody will adore your salad.serius. :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 19 June 2012

homemade beef stock.



Assalamualaikum...
Last few day saya teringin hendak masakkan anak saya beef stew. Makan dengan mash potato, mesti dia suka. Tapi apa yang paling penting dalam beef stew ini ialah beef stock. Very crucial to have this.
So for today i will give a recipe on how to make some beef stock. Ia sangat senang cuma masa saja yang agak time consuming, but hey, kite tak perlu ada pun didapur sepanjang stok ini mereneh. :)
Bahan untuk membuat stok daging.

*Daging, tulang temulang lembu (setengah kilo).
*bawang besa(2 biji)
*bawang putih(1 bunga)
*carrot (1batang)
*batang saderi ( 1 batang)
Salt and pepper.

Caranya,

Potong kasar lobak, bawang besar, dan saderi. Belah dua bawang putih, tidak perlu kopek just cut through. Dan season with salt and pepper. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30 minit dalam suhu 180c.
Selepas selesai bakar, keluarkan kesemua isi dan masukkan kedalam periuk, masukkan kesemua jus yang ada dalam bekas pembakar tadi. Masukkan air lebih kurang 1.5 liter, tambahkan sedikit black pepper dan bayleaf jika ada. Saya tak letak, dan biarkan mereneh sehingga 3 hingga 8 jam. Api kecil sahaja ya. Selepas itu, tapis guna kain muslin untuk menghasilkan stok yang jernih.
Simple right? Anda boleh buat resipi ini awal dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hari atau di dingin belu sehingga 3 bulan.

P/s. Selain beef stew, banyak masakan lain yang memerlukan stok sebagai pemangin rasa, seperti sherpard pie, atau meat sauce dan sebagainya. Oh ya, resipi ini juga boleh digunakan jika anda hendak buat stok ayam. The baking proses akan membuatkan rasa stok lebih intense therefore, your food will become much scrumptious. :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 4 June 2012

ayam masak ungkep. ya! saya memang orang jawa. ;)

Assalamualaikum...


Jadi chef kt rumah ini memang agak pening. Pening memikirkan menu. Rasa macam dah kerap sangat masak asam pedas, masak lemak pun dah tak hendak di pandang. Tomyam apa lagi. Bosan katanya. Pening-pening.


Setelah menonton celebrity masterchef malam tadi, saya amat tertarik dengan hidangan karl shafek. Ayam masak ungkep. Alahai, sudah lama rasanya saya tidak menjamah hidangan ini, so... Lets cooking!.


Bahan-bahan masak ungkep:


Bawang merah+bawang putih (6 biji for each bawang).

Halia

Serai dalam 3 batang

Kunyit hidup

Jintan 1 sudu

Ketumbar 1 sudu

Ayam dalam 10 ketul

Air asam jawa (suku cawan)


Kisar atau tumbuk semua bahan kecuali ayam dan asam jawa. (haha. Kalau kisar ayam sekali jadi bubur ayamlah jawabnya)


Tuang bahan kisar dan ayam dalam periuk, dan tutup. Kalau tumbuk, tambah air sedikit. Biar sampai separuh masak sebelum memasukkan air asam jawa. Tutup semula hingga masak. Kalau agak-agak terlalu kering boleh tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dam gula secukupnya. Biarkan lama diatas api sambil kawal masakan supaya tidak hangus. Kuahnya tidak banyak macam kari tetapi tidaklah kering seperti rendang.


Sangat sedap dihidang dengan nasi panas bersama sayur tumis dan sambal belacan.


Cuba lah!


P/s. Ungkep itu kalau tidak silap saya bermaksud tutup. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4