Wednesday 11 July 2012

kuasa syukur

Assalamualaikum...

Kita tak sempurna dan tak akan sempurna. Tidak akan cukup kaya, tidak akan cukup bahagia. Seringkali, kita rasa kekurangan dan ketidak adaan menguasai kehidupan. Menyebabkan kita bersedih dan berasa diri tidak punya itu ini.

Ini kerana kita lupa bersyukur. Bersyukur pada Allah atas apa sahaja yang ada disamping kita. Mungkin tiada wang berjuta, tidak berbelanja di paris atau milan, tetapi kita cukup sihat, cukup wang untuk makan, minum, bersuka suka bersama keluarga. Punya keluarga yang ada disisi sentiasa.

Sungguhpun kita kurang sihat, makan bercatu dan sendiri sebatang kara. Percayalah, dengan panjatan kesyukuran, kita akan rasa sungguh bahagia dan tenang.

Teruskan usaha mengejar impian sambil hati mengucap dan merasa kesyukuran. Insyaallah... Hati bahagia, cita cita tercapai hendaknya...

P/s . Pos ingatan untuk diri sendiri. B-) hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment