Tuesday 19 June 2012

homemade beef stock.



Assalamualaikum...
Last few day saya teringin hendak masakkan anak saya beef stew. Makan dengan mash potato, mesti dia suka. Tapi apa yang paling penting dalam beef stew ini ialah beef stock. Very crucial to have this.
So for today i will give a recipe on how to make some beef stock. Ia sangat senang cuma masa saja yang agak time consuming, but hey, kite tak perlu ada pun didapur sepanjang stok ini mereneh. :)
Bahan untuk membuat stok daging.

*Daging, tulang temulang lembu (setengah kilo).
*bawang besa(2 biji)
*bawang putih(1 bunga)
*carrot (1batang)
*batang saderi ( 1 batang)
Salt and pepper.

Caranya,

Potong kasar lobak, bawang besar, dan saderi. Belah dua bawang putih, tidak perlu kopek just cut through. Dan season with salt and pepper. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30 minit dalam suhu 180c.
Selepas selesai bakar, keluarkan kesemua isi dan masukkan kedalam periuk, masukkan kesemua jus yang ada dalam bekas pembakar tadi. Masukkan air lebih kurang 1.5 liter, tambahkan sedikit black pepper dan bayleaf jika ada. Saya tak letak, dan biarkan mereneh sehingga 3 hingga 8 jam. Api kecil sahaja ya. Selepas itu, tapis guna kain muslin untuk menghasilkan stok yang jernih.
Simple right? Anda boleh buat resipi ini awal dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hari atau di dingin belu sehingga 3 bulan.

P/s. Selain beef stew, banyak masakan lain yang memerlukan stok sebagai pemangin rasa, seperti sherpard pie, atau meat sauce dan sebagainya. Oh ya, resipi ini juga boleh digunakan jika anda hendak buat stok ayam. The baking proses akan membuatkan rasa stok lebih intense therefore, your food will become much scrumptious. :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment